Thursday, September 29, 2011

kuasa runcing
merampas raksa murni
termengah warga desa
berkurun melimpahi kesopanan
tiba di rungkai kebijaksanaan
muka jernih indah tenang
lubuk sempit berkocak gelora.

searus gelombang batin
sesak ! menghuni mimpi mati
aneh, giri bisik darah
dan para pendukung
melempar keringat
ke hujung malam
mencari negeri tenggelam
pada satu sandaran silam

puisi watan

1 comments:

Unknown said...

Arif,

Puisi kau lebih mengigit berbanding kali pertama kita jumpa dulu. Tahniah!

Post a Comment

 

Copyright 2010 Solider Sastera.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.