Monday, November 29, 2010

Langit berjelaga
Manusia lara
Bicara damai
Indah permai
Sedangkan Dunia
Tempat Kehidupan
Sedang tenat
Melawan nafsu
Tanpa  berkabung
Tertulis
Budi
Di dinding penjara usang
Menilai watak siapa
Tertidur sebentar
Selepas puas
Berjalan dan bermain
Dalam pentas
Berliku hitam
Berbalik mimpi
Ternyata kabur
Camar jambu
Berkepak bebas
Berkibar pantas
Menghirau sepi
Mencari
Sekawan pelacur
Tak  pulang- pulang
Buaya
temengah
Di gerbang muara
Selepas pulang
Dari destinasi
Puaka
Sungai kian lesu
Di hujung hujan
Pasti mati
Dalam pangkuan gadis jelita
Sesudah malam berpelita
Membaca bicara
Pedoman sebuah ceritera
Sehingga
Basah air mata  di hujung petang


-puisiwatan-

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Solider Sastera.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.